top of page
KOLEKSI JUALAN kuning_edited.jpg

PENGENALAN

JSA Fanatic & Collection telah ditubuhkan pada 15 Jun 2020 hasil daripada hobi dan minat terhadap basikal. Bermula dengan kayuhan santai bersama rakan-rakan dan tinjauan semasa menyertai program-program kayuhan seperti jembori, Fun Ride dan sebagainya didapati ramai pengayuh kurang menitikberatkan aspek keselamatan, keselesaan dan teknik kayuhan yang betul. Tujuan penubuhannya adalah untuk membantu peminat basikal mendapatkan maklumat penting berkaitan aktiviti berbasikal sehingga memberi impak dan kepuasan maksimum. Pelbagai maklumat dikongsikan untuk meningkatkan pengetahuan supaya kayuhan menjadi seronok, menyakinkan, selesa, berfeadah dan selamat. Kami juga mengalu-alukan jika ada rakan-rakan ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan cadangan di sini. Email kepada kami jsafanaticbike@gmail.com 


Kesukaran pengayuh untuk mendapatkan kelengkapan dan aksesori basikal juga telah mendorong kami untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Hasrat kami hanyalah ingin membantu peminat untuk mendapatkan pelbagai kelengkapan dan peralatan basikal seperti kasut, baju, seluar, lampu, beg, padel, handel, tool dan lain-lain dengan harga terendah  dan mudah.

​

Terima kasih di atas sokongan dan bantuan rakan-rakan sehingga tertubuhnya JSA Fanatic & Collection

PENGENALAN: Text

MENGAPA HARUS BERBASIKAL


Sebab yg pertama kenapa kita harus berbasikal ialah ia dapat meningkatkan stamina dan metabolism dalam badan kita. Ia akan memjadikan kita lebih cergas dan aktif untuk melakukan aktiviti harian kita. Sebab yg kedua pula berbasikal dapat menguatkan otot badan kita. Contohnya seperti otot kaki dan peha kerana kita memfokuskan kekuatan pada bahagian kaki dan peha semasa melakukan kayuhan. Sebab yang ketiga, akitviti berbasikal dapat membakar serta memecahkan lemak dan kalori. Aktiviti kardio seperti berbasikal, jogging dan berenang telah terbukti secara saintifik dapat membakar dan memecahkan lemak dan kalori. Selain tu berbasikal juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, sakit buah pinggang dan obesity. Apabila kita berbasikal ia dapat membatu kita membuang toksin dalam badan melalui peluh. Dengan melakukan aktiviti berbasikal ni dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat seperti bertegur sapa, bertanya khabar sesama jiran tetangga. Sebab yg terakhir, kenapa kita harus berbasikal ia dapat mengurangkan stress. Membantu merehatkan minda dan mata kita melalui pemandangan yg hijau dan udara yg segar.

PENGENALAN: Text

JSA FANATIC & COLLECTION

Subscribe Form

Thanks for submitting!

6013 3470975

21, Laluan Sakura 16, Taman Pusing Sakura, 31550 Pusing, Perak, Malaysia

  • Facebook

©2021 by JSA Fanatic & Collection.

bottom of page