
JENIS-JENIS BASIKAL
Menceritakan tentang basikal nie, sebenarnya ada banyak kategori basikal, jenis kegunaanya dan ciri-cirinya. Tetapi di Malaysia, lain sikit ceritanya, semua kategori basikal akan dikatakan sama saja kegunaannya. Betul tak? Haha. Memandangkan saya suka dengan basikal nie, so, pada artikel kali ini saya ingin menceritakan sedikit mengenai jenis-jenis basikal konvensional yang selalu korang nampak kat kedai.
Perkataan bicycle diterbitkan pada tahun 1868 oleh The Daily News dan diambil dari bahasa German bicyclette, dan sebelum itu basikal dipanggil velocipedes
Jenis-Jenis basikal Konvensional
Road Bikes
Basikal jenis ini mempunyai ciri-ciri seperti kerangka (frame) yang kecil, saiz permukaan tayar yang nipis, jarak antara tayar (wheelbase) yang rendah dan mempunyai bar pemegang (handlebar) jenis flat atau round.
Kelebihan basikal jenis ini ialah ianya direka sepenuhnya untuk kelajuan di samping mempunyai berat yang sangat ringan. Kelemahannya pula basikal ini mempunyai struktur yang lemah dan sudah tentu ianya tidak sesuai untuk jalan-jalan yang tidak berturap (off-road). Basikal ini ideal untuk pengguna yang suka berulang-alik (commute), triathlon dan charity ride.
Touring Bikes
Basikal jenis ini pula mempunyai ciri-ciri yang sama dengan Road Bikes tetapi stuktur kerangkanya lebih kuat berbanding Road Bikes untuk membawa muatan seperti beg. Antara ciri-ciri lain yang ada pada Touring Bikes ialah pilihan gear yang lebih banyak dan berat yang agak ringan. Basikal jenis ini sangat sesuai untuk orang yang bergerak jauh seperti pengembaraan.
Mountain Bikes
Mountain Bikes merupakan basikal paling laris di kedai kerana tempat duduknya yang lebih selesa, harga yang lebih murah dari Road Bikes dan lebih sesuai digunakan di mana-mana permukaan jalan. Antara ciri-ciri Mountain Bikes ialah permukaan tayar yang lebih lebar dan penggunaan penyerap hentakan (absorber shock).
Kelebihan basikal jenis ini ialah ianya amat sesuai untuk kegunaan yang lasak seperti di permukaan jalan yang tidak berturap atau kawasan yang berbukit-bukau. Untuk kegunaan di permukaan jalan yang berturap, korang perlu menukar tayar yang lebih sesuai. Kelemahan basikal ini ialah ianya dicipta hanya untuk kegunaan lasak dan bukannya untuk kelajuan seperti Road Bikes.
BMX Bikes
BMX Bikes atau Bicycle Motorcross pula mempunyai ciri-ciri kerangka yang sangat kuat memandangkan basikal ini digunakan untuk perlumbaan di kawasan permukaan tidak berturap (dirt racing), street riding dan tanjakan (ramps). Kelemahan paling nyata basikal ini ialah menggunakan sistem gear tetap (fixed gear) dan mempunyai tempat duduk yang kurang selesa memandangkan ketinggian tempat duduknya yang sangat rendah.
Hybrid
Jika korang berminat untuk menunggang basikal di mana-mana permukaan jalan sama ada berturap (onroad) atau tidak berturap (offroad), basikal jenis Hybrid adalah basikal yang paling sesuai untuk kegunaan harian berbanding kesemua jenis-jenis basikal di atas. Antara ciri-ciri nyata basikal Hybrid ialah kedudukan bar pemegang (handlebar) yang tinggi untuk posisi tunggangan yang selesa (upright position) dan penggunaan kerangka (frame) yang bersaiz sederhana. Basikal ini sangat ideal untuk pengguna yang suka berulang-alik (commute) ataupun untuk kegunaan rekreasi.
Folding Bikes
Jenis basikal ini sangat menarik kerana ciri-cirinya yang boleh dilipat dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja sama ada menaiki bas, keretapi, kereta mahupun penghantaran menggunakan perkhidmatan penghantaran (courier). Jika korang suka mengembara, basikal ini adalah amat sesuai untuk korang.
Tandem Bikes
Tandem Bikes merupakan basikal paling menyeronokkan kerana korang boleh menunggangnya bersama-sama keluarga, kawan-kawan mahupun kekasih. Basikal ini adalah sesuai untuk penunggang yang lemah atau ingin mempelajari menunggang basikal. Tandem juga sesuai untuk perjalanan jauh selain dari Touring Bikes walaupun tidak mempunyai pilihan gear yang banyak dan ruang muatan seperti beg yang agak terhad.
Utility/Cargo Bikes
Basikal jenis ini merupakan basikal paling popular di Jepun. Di Jepun, basikal merupakan salah satu pengangkutan utama terutamanya untuk suri rumah atau orang yang bekerja. Basikal ini mempunyai ciri-ciri seperti jarak antara tayar (wheelbase) yang jauh, kedudukan bar pemegang (handlebar) yang tinggi dan kerangka rim dan badan yang lebih kukuh dan kuat. Pada bahagian belakangnya, korang boleh meletakkan pelbagai aksesori seperti bakul, tempat duduk kanak-kanak dan sebagainya.
Basikal Elektrik (Electric Bikes)
Basikal ini merupakan basikal paling popular ketika ini (bukan di Malaysia) kerana pengguna yang tidak mahu sampai ke tempat kerja kerana kuat berpeluh atau penat. Basikal jenis ini selalunya dikuasakan oleh enjin petrol atau motor elektrik dan selalunya basikal elektrik adalah amat berat dan susah untuk dikayuh walaupun enjin atau motor telah dicabut.
Fixie Bikes
Fixie merupakan singkatan perkataan fixed gear kerana penggunaan sistem gear tetap atau gear mati. Pengguna perlu mengawal kelajuan basikal dengan menggunakan kekuatan kaki. Fixie merupakan basikal paling simple kerana kebanyakan keperluan asas bagi sebuah basikal dibuang seperti brek, derailleurs, cranksets dan sebagainya. Fixie sesuai digunakan untuk kegunaan harian sama ada untuk pengguna yang berulang-alik (commute) ataupun untuk kegunaan rekreasi.
Selalunya pemilik fixie lebih suka menghias fixie mereka dengan penggunaan warna yang berbeza pada kerangka basikal, tayar, bar pemegang dan sebagainya untuk memberikan keunikan dan tarikan pada fixie kepunyaan mereka.
Sebenarnya ada banyak lagi jenis basikal di dunia ini, sebagai contoh terbaik ialah beca ataupun scooter. Tetapi untuk artikel kali ini saya hanya menyenaraikan basikal jenis konvensional sahaja.
PENYELENGGARAAN BASIKAL
Semasa menjalankan tugas berkaitan Kursus Menunggang Basikal untuk pasukan keselamatan salah satu perkara yang kerap ditanyakan oleh peserta kursus ialah berkaitan bagaimana cara terbaik untuk membuat penyaraan atau menyelenggaraan basikal supaya berada dalam keadaan baik dan dapat memanjangkan hayat basikal tersebut.
Memang dalam silibus kursus tersebut ada satu subjek yang berkaitan dengan penyenggaraan dan menyaraan basikal tetapi kerana masa yang terhad maka penerangan berkaitan perkara tersebut hanya berlegar berkaitan perkara asas sahaja. Pada pendapat saya subjek menyara dan penyenggaran ini merupakan perkara yang penting kerana dengan melakukan menyenggaran dan penyaraan kita akan dapat:-
i. Memastikan basikal kita berada dalam prestasi yang baik pada bila-bila masa sahaja dan bersedia untuk di kayuh.
ii. Dapat mengelakkan kerosakan komponen pada basikal.
iii. Dapat mengelakkan dari mengeluarkan pembelanjaan untuk kerja pembaikan dan menukar komponen yang mahal harganya.
iv. Dapat mengelakkan kerosakan yang mungkin berlaku ketika sedang melakukan aktiviti mengayuh.
Kita semua tahu bahawa komponen yang terdapat pada sebuah basikal adalah mahal dan mungkin memerlukan perbelanjaan ratusan ringgit dan kekadang mencapai ribuan ringgit untuk di beli. Oleh yang demikian penyenggaran atau penyaraan basikal adalah amat perlu untuk memastikan kita tak perlu lagi perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menganti komponen tersebut.
Penyenggaraan dan penyaraan yang betul dan konsistan perlu dilakukan dari masa ke semasa. Apa lagi sekiranya basikal kita kerap melakukan kayuhan atau tugasan yang extreme. Maka pemeriksaan amatlah perlu kerana melibatkan keselamatan penunggang dan basikal itu sendiri.
Bagi mereka yang berkeupayaan dari segi kewangan semuanya menjadi mudah kerana mereka ini hanya perlu menghantar basikal ke kedai untuk di selenggara tetapi bagi saya melakukannya sendiri lebih memberi kepuasan dan menjimatkan perbelanjaan. Jadi terpulanglah kepada anda sendiri....
Apa yang paling penting sebelum kita mengetahui atau mempelajari berkaitan penyenggaraan atau penyaraan ialah kenali basikal anda terlebih dahulu. Cuba buat kajian, pemeriksaan dan bertanya kepada yang tahu berkaitan dengan basikal anda terlebih dahulu. Kalau boleh cuba buka, perhatikan dan pasang kembali. Setelah anda mengetahui secara mendalam berkaitan basikal anda baru anda boleh melakukan menyenggaraan dan penyaraan basikal tersebut.
Kenapa anda perlu mengenali basikal anda terlebih dahulu?
Ini adalah kerana basikal ada berbagai komponen yang berbeza, contohnya apa kah jenis bearing yang digunakan oleh basikal anda terutama di bahagian headset atau bahagian bottom bracket dan bahagian-bahagian lain. Ada basikal yang menggunakan bearing secara terbuka dan ada yang menggunakan bearing yang tertutup atau seal bearing atau yang biasa di sebut oleh pekedai sebagai su-bering(saya cuba mencari maklumat berkaitan istilah subearing tapi masih belum jumpa, sesiapa ada maklumat berkaitan istilah ini sila maklumkan...tq).

Penggunaan Peralatan Penyenggaraan
​
peralatan adalah sangat penting dalam kerja penyenggaraan dan penyaraan. Tanpa peralatan yang betul adalah sesuatu yang mustahil untuk melakukan kerja kerana basikal memerlukan peralatan khas untuk membuka dan memasang. Sekiranya anda menggunakan peralatan yang salah ini akan merosakkan basikal anda.
Penggunaan Bahan Penyenggaraan
​
Apabila kerja menyenggaran dilakukan kita memerlukan bahan seperti minyak, grese, peluntur, pencuci, pengilat dan sebagainya. Apa yang penting kita mestilah tahu kegunaan bahan tersebut dan di mana hendak digunakan. Sekiranya kita salah akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk. Contohnya ialah brek pad - jangan sekali kali biarkan brek pad terkena dengan minyak kerana brek pad yang terkena minyak tidak boleh digunakan lagi. Oleh itu berhati-hati apabila membuka, mencuci dan memasangnya. jgn cuci menggunakan minyak tapi gunalah bahan lain yg lebih sesuai.
​
Sekiranya basikal kita menggunakan bearing yang terdedah maka penyenggaraan lebih diperlukan berbanding dengan yang menggunakan bearing yang tertutup(sealbearing). Ini kerana bearing yang terdedah akan lebih mudah berkarat kerana usur luar seperti air, lumpur dan sebagainya boleh sampai ke bearing tersebut. Sekiranya kita mencuci bahagian tersebut dengan menggunakan bahan seperti petrol, desel atau lain-lain bahan pencuci boleh menyebabkan grease yang terdapat pada bearing tersebut akan hilang dan menyebabkan ketiadannya bahan pelincir.
​
Satu lagi komponen yang begitu mudah tercemar dan kotor ialah bahagian rantai. Rantai basikal terlalu mudah menjadi kotor kerana bahagian ini perlu sentiasa berminyak supaya kayuhan menjadi lancar. Bahagian ini juga amat terdedah dengan unsur atau anasir luar seperti pasir, lumpur, air, minyak, debu dan sebagainya. Penggunaan minyak grease pada bahagian ini adalah tidak digalakkan kerana minyak grease begitu mudah memerangkap pasir dan lumpur. Ini menyebabkan rantai akan menjadi begitu kotor dan banyak bendasing yang akan melekat pada bahagian ini. Jadi gunakan minyak yang di khaskan untuk rantai atau menggunakan alternetif lain seperti menggunakan minyak mesin jahit atau WD40. Walau bagaimana pun minyak mesin jahit dan WD40 adalah minyak yang mudah meruwap jadi perlu di letak semula dalam tempoh 5 hari atau seminggu. Jika tidak rantai akan menjadi kering dan berkarat.
Tip untuk mendapatkan rantai yang cantik, bersih dan selamat
i. Tanggalkan rantai dan cuci menggunakan minyak petrol atau minyak disel untuk menghilangkan minyak dan kotoran yang melekat.
ii. Selepas itu basuh dengan menggunakan sabun basuh pakaian untuk membuang sisa minyak yang melekat.
iii. Kita akan dapat set rantai yang bersih tetapi tidak cantik kerana ada kesan kehitam-hitaman pada rantai tersebut. Untuk mendapatkan rantai yang cantik seperti baru rendam rantai dengan menggunakan asid pembersih tile atau mozet. Rendam lebih kurang 5 minit dan anda akan dapat satu set rantai yang cantik dan bersih seperti baru. Selepas itu basuh dengan air dan minyakkan kembali.
Anda akan dapat satu set rantai yang seperti baru dan sekiranya ada keretakan pada rantai tersebut kita akan dapat melihat dengan jelas. Tukarkan rantai yang retak untuk keselamatan.
Sekiranya kita tidak mencuci dengan bersih kita tidak akan dapat mengesan keretakan pada rantai tersebut dan rantai ini boleh putus pada bila-bila masa sahaja. Bayangkan kalau putus di dalam hutan atau ketika kita sedang berjamboree. Banyak lagi tempat-tempat lain yang kita boleh kesan kerosakan apabila kita mencuci dengan bersih.
Sebenarnya adalah menjadi satu kepuasan kiranya kita dapat melakukan pembersihan dan pembaikan sendiri kerana menyara dan membaiki basikal bukanlah satu kerja yang sukar sangat cuma memerlukan peralatan yang betul dan sedikit pengetahuan serta kerajinan.
Jadi marilah lakukan sendiri dan kita kayuh dengan hati yang senang.......Jommmm kayuh.......
PENYESUAIAN KEDUDUKAN MENUNGGANG BASIKAL
Penyesuaian kedudukan menunggang basikal adalah faktor utama untuk mendapatkan keselesaan dan kuasa kayuhan anda. Satu kajian Biomekanik dan Ergonomik oleh Makmal Penyelidikan di MIT menemui satu lagi teknik ukuran basikal yang adalah 98% setepat ukuran komputer dan analisis kamera gerakan. Kaedah baru yang terbukti ini boleh anda lakukan sendiri, dan ianya percuma. Basikal mempunyai tiga parameter asas iaitu ketinggian pelana yang betul, jarak pelana-ke-tiang yang betul, dan kedudukan pelana. Penyelidikan sambungan biomekanik dan simetri badan yang telah diselia oleh Dr. Kristophe de Timze di MIT keatas 700 subjek ujian mengesahkan bahawa kedudukan bahagian utama badan adalah cara penyesuaian basikal yang betul. Jarak Pelana-ke-Tiang Memulakan dengan meletakkan siku anda dan sandarkannya pada hadapan pelana anda. Jari tengah anda perlu menyentuh betul-betul di tengah-tengah tiub kemudi. Ukuran ini akan menentukan kedudukan tepat pelana anda berbanding dengan tiang. Tinggi pelana Setelah Jarak Pelana-ke-Tiang ditentukan anda kini boleh meningkatkan ketinggian pelana anda. Letakkan ketiak anda pada pelana dan pastikan jari tengah anda betul-betul menyentuh bahagian pangkal pengayuh. Panjang tulang paha dan bahagianlengan telah didapati sama,oleh itu teknik ukuran ini adalah satu teknik yang amat tepat. Tinggi dan Panjang Tiang Ketinggian dan panjang tiang mempunyai hubungan langsung dengan kedudukan anda di atas pelana. Terdapat hanya sedikit ruang untuk pelarasan ukuran ini namun bagaimanapun ianya penting kerana ia mempunyai banyak kaitan dengan fleksibiliti anda. Untuk kedudukan seperti pelumba profesional, tentukan ketinggian tiang menggunakan kaedah 3 jari. Bahagian atas tiub kemudi (steertube) perlu ada keinggian sebanyak 3 jari. Tidak lebih, tidak kurang. Bagi wanita, ukuran ini boleh dikurangkan kepada dua jari. Untuk warga tua dan penunggang basikal touring mungkin 4 jari (dan dalam sesetengah kes 5 jari) digunakan. Panjang batang penghubung anda tidak boleh dilaras maka ianya adalah sesesuatu yang perlu diberi penelitian apabila membeli basikal. Capai ibu jari anda supaya ia pada 90 darjah ke jari telunjuk anda. Jari tengah anda hendaklah sampai betul-betul ke hujung batang penghubung itu apabila ibu jari berada di tengah-tengah bahagian tiub kemudi (steertube) itu. Nah! Tak perlu ke kedai untuk melakukan ukuran basikal yang bersesuaian. Ia hanyalah satu lagi taktik untuk kedai basikal untuk membuat anda percaya bahawa anda memerlukan basikal baru atau bahagian-bahagian baru untuk membuat anda sesuai dengan basikal yang dijual kepada anda. Jangan terpedaya ...
9 KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN CYCLIST BARU
​
1. KEDUDUKKAN SADDLE/SEAT.
Setiap basikal ada saiz yang berbeza ikut ketinggian cyclist, bila dah dapat saiz basikal yang betul korang kena buat ukuran panjang dan tinggi seatpost/saddle mengikut panjang kaki korang. Bukan main adjust ikut korang rasa selesa je.
​
2. KUDUDUKAN TELAPAK KAKI PADA PEDAL
Pastikan korang pijak pedal dengan betul , kalau pakai pedal/kasut cleat tak perlu risau sebab memang dah tepat. Jangan pulak pijak guna TUMIT dan TENGAH TAPAK KAKI.
​
3. PENGGUNAAN GEAR YANG BETUL
Belajar cara guna gear yang betul ikut jenis dan kawasan kayuhan.
Pengunaan gear yang salah dan jarang tukar gear boleh menyebabkan setting gear lari dan rantai cepat rosak.
​
4. PERATURAN JALAN RAYA
Tak kira lah apa basikal pun korang kayuh , asalkan atas jalan raya je tolong ikut peraturan macam korang bawa kereta dan motor.
​
5. PERSIMPANGAN / BERHENTI
Kalau nak berhenti atau membelok tu bagi isyarat supaya orang kat belakang alert dan bersedia.
​
6. LAMPU / BLINKER
Tak kira korang kayuh malam atau siang pasang lah lampu belakang, sebab mencegah lebih baik daripada mengubati. Banyak jual kat kedai basikal dan nak mudah di shopee kami pun ada.
​
7. PAKAIAN
Kalau korang kayuh basikal di kawasan yang bukan majoriti orang kayuh ataupun bukan tempat kayuh khas , elok pakai pakaian yang terang biar penguna jalan raya nampak korang. Kalau kayuh jauh dan cuaca panas jangan pakai pakaian tebal dan lengan panjang sebab nanti takut korang kepanasan serta dihidrasi.
​
8. MINUM AIR
WAJIB bawa air masa kayuh basikal untuk sentiasa cukup air dalam badan.
Bawa air banyak pun tak pa bagus dan jangan pulak bawak air tapi minum lepas kayuh.
​
9. STRETCHING
Bila sebut je pasal sukan ataupun senaman, kita memang wajib lakukan regangan sebelum dan selepas melakukan aktiviti tersebut.
TINGKATKAN KUASA KAYUHAN DENGAN PETUA BERIKUT:
Kuasai bahagian terpenting terlebih dulu. Pusingan ke bahagian bawah (downstroke) biasanya akan terjadi secara semulajadi. Tumpukan perhatian untuk berusaha kuat tetapi tidak melepasi bahagian tersebut. Kemudian tumpukan kepada pusingan ke atas semula. Ini adalah bahagian kedua penting dalam pusingan kayuhan anda. Ini bagi memastikan tiada bahagian yang terbiar dalam pusingan kayuhan anda.
Lakukan pusingan dengan lancar
Otot anda tidak seharusnya bertukar-tukar tugas dan berhenti sambil menunggu giliran. Ia seharusnya sentiasa di gunakan di sepanjang pusingan kayuhan di antara otot ke otot secara harmoni. Kayuhan high cadence (sekitar 80 rpm) adalah yang terbaik dan mudah untuk kaki anda dan merupakan pusingan yang paling seimbang.
Gerakkan kaki rehatkan badan
Gunakan hanya otot dan anggota badan yang membawa anda ke puncak bukit. Pergerakan lain hanyalah membazir. Tumpukan pada usaha kaki anda dan relakkan badan anda.
Stabilkan badan (core) anda
Otot perut (abdominal) anda memberikan sokongan yang stabil untuk pinggang (torso) dan bahagian sendi peha (hip) anda. Jika anda melonggarkan badan (core) anda akan kehilangan kekuatan di bahagian antara hip dan bahu dan boleh mengakibatkan sakit belakang. Bila anda menggunakan bahagian bawah otot perut yang membantu menaikkan kaki anda, regangan tersebut akan membantu menstabilkan badan anda. Dengan itu anda boleh menggunakan bahagian atas badan anda untuk bernafas seperti biasa.
Bernafas menggunakan perut
Untuk bernafas dengan perlahan dan dalam, biarkan perut anda mengembang ketika anda mengambil nafas.
Lakukan dengan betul sebelum terlambat
Jika anda sudah berkayuh selama 10 tahun dan melakukannya dengan teknik yang teruk, akan akan mempunyai kerja yang sukar untuk menukar cara anda dan memperbaikinya. Untuk latihan, satu sesi pendek dengan kayuhan yang efisien adalah lebih bermakna berbanding sesi yang panjang dengan kayuhan yang berterabur.
Kayuhan Ketika Duduk
​
Kayuhan sambil duduk selalu dilakukan ketika melalui pendakian yang panjang atau laluan XC yang rata dengan penuh efisien. Ketika berkayuh, lakukanlah perkara-perkara berikut:
Ketika anda berusaha keras untuk menekan pedal ke bawah, tolak punggung anda ke belakang saddle dan tarik hendal anda sedikit untuk membantu memindahkan tenaga kayuhan anda ke permukaan trail.
Gerakkan badan anda ke belakang ketika tayar belakang anda mula bergeser (slip) dan ke depan jika roda depan mula terangkat. Jika anda mendaki di laluan terlalu curam, biarkan punggung anda di bahagian belakang saddle dan tolak bahu anda kedepan dan tunduk agar bahagian depan basikal anda sentiasa berada di permukaan laluan.
Bergeraklah ke depan atau ke belakang bila mana perlu. Ini akan membantu anda menyudahkan laluan sambil merehatkan bahagian otot tertentu untuk dakian yang panjang. Kedudukan yang berubah akan membuatkan sebahagian otot bekerja lebih dan merehatkan bahagian otot yang lain.
Kayuhan Ketika Berdiri
​
Anda mungkin perlu menambah sedikit kelajuan pada dakian pendek yang curam. Kadangkala anda perlu berdiri untuk menguatkan lagi kayuhan bagi melepasinya. Lakukan perkara berikut untuk mengekalkan rentak kayuhan anda:
Bila anda mula berkayuh berdiri, kekalkan rentak pusingan kayuhan anda. Jangan berhenti di antara pusingan tersebut, teruskan kayuhan anda.
Bertindakbalaslah terhadap kuasa kayuhan anda dengan menarik hendal dan menolak basikal anda ke kiri dan ke kanan untuk mengekalkan kuasa rentak kayuhan anda. Gunakan badan anda untuk mengimbangi pergerakan kaki dan tangan anda.
Mengayuh secara berdiri mampu membuatkan anda mendaki dengan gear yang lebih berat. Jika dakian anda mempunyai selekoh yang curam tetapi mempunyai cengkaman yang bagus, cuba berdiri sambil menukar ke gear yang lebih berat untuk mendapat kelajuan yang lebih.
Jika terdapat cukup cengkaman, berdirilah dengan lurus. Dengan itu anda tidak membazirkan usaha bahagian belakang anda di samping memberikan lebih kuasa ke atas pedal anda.
Jika kurang cengkaman, anda perlu menunduk untuk mengimbangi cengkaman bahagian depan dan belakang. Bergeraklah ke depan atau ke belakang mengikut keadaan laluan untuk mengekalkan cengkaman tersebut.
Kayuhan Pecutan
​
Pada pendakian yang panjang anda hanya perlu berkayuh seefisien yang mungkin. Tiada faedah untuk melakukan lebih dari itu. Namun, pecutan adalah berkaitan dengan kuasa kayuhan maksimum! Ia kadang-kadang diperlukan untuk melepasi halangan tertentu di trail.
Penggunaan gear yang betul dan tepat adalah lebih penting pada ketika ini. Jika anda hanya mempunyai beberapa pusingan kayuhan untuk dilakukan, maka pastikan ianya dilakukan dengan cukup efektif. Lakukan dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat kelajuan yang sepatutnya dengan pantas. Jangan menukar gear terlalu awal, tunggu sehingga anda mula semakin laju dan tukarlah ke gear yang lebih berat – begitulah seterusnya.
Anda boleh melupakan pusingan kayuhan yang sempurna pada tahap ini. Yang penting, tumpukan pada tekanan ke bawah pedal (downstroke) sehingga anda mendapat kelajuan yang sepatutnya.
Gunakan keseluruhan badan anda untuk menyokong usaha anda. Tariklah hendal ketika menekan pedal namun cuba kekalkan kedudukan pinggang anda untuk pemindahan tenaga kayuhan yang maksimum.